Pelengkap penampilan

ANTARA koleksi menarik Oro Italia 916.

Antara koleksi menarik Oro Italia 916

Di sebalik kilauan barangan kemas Itali yang memukau, ia bukan sekadar pelengkap penampilan. Sebaliknya, ia melambangkan gabungan kemewahan, ketelitian dan nilai seni pertukangan yang sukar ditandingi.

Reka bentuk kontemporari dan seni ketukangan barangan kemas Itali sememangnya terkenal di seluruh dunia, ia sentiasa relevan selain menjadi penanda aras bagi keanggunan serta kualiti.

Bagi menghayati keindahan seni pertukangan Itali, HABIB mengadakan Kempen Festa D'Oro, sehingga 30 Julai ini, di semua bilik pameran jenama berkenaan di seluruh negara.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB Datuk Sri Meer Habib, pihaknya komited untuk menawarkan koleksi barangan kemas yang bukan sahaja melambangkan hasil ketukangan luar biasa malah reka bentuk yang sentiasa relevan dan nilai berkekalan kepada pelanggan.

Kata beliau, Kempen Festa D'Oro mencerminkan komitmen itu dengan meraikan seni pertukangan barangan kemas Itali sambil menggabungkan keindahan emas 916 dalam rekaan yang menepati cita rasa dan gaya hidup rakyat Malaysia.

"Menerusi Oro Italia 916, kami terus memperkenalkan koleksi yang menggabungkan kecemerlangan reka bentuk antarabangsa dengan kualiti serta kepercayaan yang dibina HABIB sejak turun-temurun.

"Kami berharap kempen ini memberi peluang kepada pelanggan yang bukan sahaja menghargai keindahan rekaan berinspirasikan Itali, malah memahami ketukangan, inovasi dan perhatian terhadap setiap perincian yang menjadikan setiap barangan kemas begitu istimewa," katanya.

Menerusi kempen berkenaan, HABIB menyediakan pelbagai koleksi barangan kemas Oro Italia 916 yang unik dan versatil.

BLACK Cavo yang menampilkan elemen moden menerusi teknik penyaduran rhodium hitam  untuk melengkapkan lagi koleksi ikonik, Cavo.

Black Cavo yang menampilkan elemen moden menerusi teknik penyaduran rhodium hitam untuk melengkapkan lagi koleksi ikonik, Cavo

 

Cavo

Koleksi ikonik Cavo, yang menjadi manifestasi kehalusan seni pertukangan Oro Italia 916, menerusi reka bentuk berinspirasikan lilitan tali yang dihasilkan dengan penuh teliti.

Boleh didapati dalam variasi emas kuning, emas putih dan emas ros, Cavo sememangnya menjadi antara koleksi HABIB paling dikenali kerana keindahannya yang sentiasa relevan.

Terbaharu, ia memperkenalkan Black Cavo yang menampilkan elemen moden menerusi teknik penyaduran rhodium hitam yang canggih untuk melengkapkan lagi koleksi ikonik ini.

Transformasi berkenaan menjadi pernyataan gaya yang lebih menonjol dan mencerminkan komitmen Oro Italia 916 dalam memperkasakan seni pertukangan Itali sambil mengekalkan warisan reka bentuk klasik.

Sicilia

Diilhamkan dari Pulau Sicily di Itali, koleksi Sicilia menggambarkan kontras mempesonakan antara pesisir pantai Mediterranean dan warisan seni bina pulau tersebut.

Seiring dengan evolusinya, koleksi ini memperkenalkan rekaan baharu yang berkilauan dengan gabungan harmoni permukaan berkilat dan kemasan seakan berlian.

Ia menghasilkan permainan tekstur, dimensi dan kilauan yang sofistikated, sekali gus mencerminkan kehalusan seni pertukangan Itali.

Beads Planet

Berinspirasikan dengan langit malam Itali, koleksi Beads Planet memperkenalkan evolusi terbaharunya menerusi manik berbentuk bujur yang dihasilkan sepenuhnya secara buatan tangan.

Ia memberikan interpretasi baharu kepada reka bentuk manik bulat yang menjadi identiti koleksi berkenaan.

Dihasilkan dengan penuh teliti oleh artisan Itali, siluet bujur yang baharu ini menawarkan dimensi yang lebih elegan dan kentemporari tanpa menjejaskan versatiliti koleksi terbabit

Ditawarkan dalam pilihan emas kuning, emas putih dan dwi-warna, koleksi ini memenuhi cita rasa mereka yang mengutamakan keanggunan sederhana serta kemewahan moden untuk digayakan setiap hari.

Stella

Menampilkan koleksi rekaan barangan kemas yang selesa dipakai, lebih lebar dan menarik bagi menyerlahkan lagi gaya elegan.

Dikenali menerusi kemasan potongan berlian, setiap rekaan dihasilkan dengan teliti supaya dapat memantulkan cahaya secara maksimum, sekali gus menyerlahkan kilauan emas yang mempersona

Ia direka khas untuk mereka yang menghargai keanggunan abadi, kolekai Stella menyatukan reka bentuk kontemporari dengan pesona yang berkekalan.

Valora

Koleksi baharu yang pertama kali diperkenalkan dan diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi.

Mengambil inspirasi daripada ketahanan pokok buluh, koleksi ini menampilkan siluet anggun serta perincian halus yang melambangkan keseimbangan sempurna antara kekuatan dan keanggunan.

Direka dengan penuh teliti untuk wanita moden, koleksi Valora mencerminkan sofistikasi yang bersahaja sambil meraikan seni dan inovasi reka bentuk barangan kemas Itali.

 

Sumber: Harian Metro