Koleksi Emas 999 HABIB, pancarkan sinaran dalam gaya 24K

Kilauan indah emas adalah simbol kemewahan dan kecantikan abadi serta menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang menghargai kualiti dan keanggunannya.

Untuk memberi anda kualiti ketulenan emas yang tertinggi, HABIB, pembekal barangan kemas Malaysia, mempersembahkan koleksi barangan kemas emas 999 atau 24 karat yang mempesonakan.

Koleksi ditampilkan bukan sahaja menawarkan si pemakai kelihatan bergaya anggun, tetapi juga berfungsi sebagai aset pelaburan jangka masa panjang yang bernilai.

HABIB juga menggunakan teknik emas 5G dan 5D yang terkini, proses pembuatan nyalaan terbuka yang menguatkan dan mengukuhkan struktur atom dalaman logam.

Ini memastikan setiap barangan kemas emas 999 mempunyai keteguhan yang luar biasa sambil mengekalkan ketulenan emasnya, menjadikannya selesa untuk dipakai secara harian.

Untuk itu, HABIB turut memperkenalkan beberapa pilihan barangan kemas emas 999 yang menarik dan mempesona.

Koleksi Mekar indah

Bagi mereka yang menggemari bunga, koleksi emas 999 Mekar, yang menawarkan rangkaian barangan kemas berinspirasikan bunga, adalah koleksi yang sesuai untuk anda. Daripada rantai dan cincin, kepada anting-anting dan gelang tangan yang cantik, pasti ada pilihan yang mekar untuk disesuaikan dengan mana-mana padanan barangan kemas.

Keindahan Fauna

Bagi pencinta emas yang meminati motif fauna, HABIB menawarkan rangkaian perhiasan emas 999 yang diilhamkan oleh alam semula jadi yang cantik, daripada sayap rama-rama yang berkilauan kepada pesona bintang laut.

Glamor moden dan gaya minimalis

Bagi penggemar citarasa moden dan peminat fesyen yang lebih suka gaya ringkas, koleksi emas 999 terdapat pilihan kontemporari untuk dipadankan buat penuhi staill si pemakai. Pilih satu untuk penampilan minimalis atau lapiskannya bagi penambah seri buat gaya yang menawan.

 

Sumber: Berita Harian