HABIB: Warisan Diperbaharui, Nilai Yang Bermakna Dan Berharga Dipertahankan

 

Emas merupakan sesuatu yang lebih dari sekadar perhiasan. Sejak dulu lagi, emas memberikan lambang kasih sayang, perayaan dan juga keselamatan. Ini merupakan simbol bernilai yang mewarisi kenangan serta menjamin keselamatan diri sendiri dan juga keluarga.

Dengan harga emas yang melebihi RM600 setiap gram, ramai mula melihat barang kemas dengan perspektif yang baharu, bukan sekadar barangan kemas yang indah tetapi juga sebagai aset yang bermakna dari nilai sentimental dan kewangan.

Emas merupakan sebuah aset yang sesuai untuk membuat pelaburan, terutamanya apabila mata wang dan aset kewangan lain yang tidak menentu.” – Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif HABIB

Ini merupakan panduan di HABIB bagi memastikan setiap barangan kemas mempunyai nilai yang berkekalan, sama ada ia diwariskan dari generasi ke generasi atau ditukar untuk dijadikan satu permulaan yang baharu.

 

 

Beli Balik: Mengekalkan Nilai

Di HABIB, barang kemas bukanlah sekadar perhiasan tetapi juga merupakan sesuatu yang membawa nilai yang berkekalan. Dengan perkhidmatan beli balik, pelanggan dijamin bahawa setiap barangan kemas kekal sebagai aset yang dipercayai meskipun telah lama dipakai atau disimpan.

Apa yang diterima:

Emas dari 375/9K hingga 999/24K, termasuk emas putih dan emas ros, walaupun ianya bengkok, calar atau rosak, berlian, sama ada yang bersijil (GIA) atau tidak, akan dinilai dengan teliti berdasarkan potongan, warna, kejernihan dan karat serta mengambil kira tren pasaran semasa, batu permata dinilai dengan keunikan dan keindahannya serta jongkong dan wafer emas bagi mereka yang mengumpul sebagai pelaburan.

 

 

Nilai Di Sebaliknya:

Penukaran barangan kemas kepada tunai apabila diperlukan, memberikan fleksibiliti kewangan serta-merta. Memberi jaminan bahawa setiap perhiasan memiliki nilai yang lebih daripada sekadar keindahannya, memberikan ketenangan kepada pelanggan dalam setiap fasa kehidupan.

Tukar Beli: Baharu, Bernilai, Bermakna

Perkhidmatan tukar beli membolehkan anda untuk menukar barangan kemas lama kepada rekaan yang baharu. Melalui perkhidmatan ini, anda dapat bergaya dengan pilihan yang lebih moden dan sesuai dengan gaya hidup masa kini.

 

 

Cara Perkhidmatan Ini Berfungsi:

Tukar barangan kemas lama kepada rekaan moden atau emas dengan ketulenan yang lebih tinggi, tingkatkan kepada berlian bersaiz lebih besar atau rekaan yang lebih kontemporari dan pilihan popular terutama ketika musim perayaan seperti Hari Raya, di mana ramai memilih untuk memperbaharui koleksi mereka sempena sambutan istimewa.

 

 

Generasi Baharu, Gaya Baharu

Bagi pelanggan yang berusia muda, barangan kemas bukanlah sekadar fesyen tetapi merupakan langkah kewangan yang bijak. Emas dan berlian kini dilihat sebagai aset jangka masa panjang yang menggabungkan gaya serta nilai pelaburan.

Kehadiran HABIB di pelbagai saluran: Bilik pameran HABIB, Shopee, Lazada, TikTok dan juga HABIB e-Store — memudahkan generasi baharu untuk mula membina koleksi mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Daripada rekaan minimalis untuk kegunaan harian hinggalah ke koleksi eksklusif, HABIB memastikan ada yang sesuai untuk setiap gaya hidup dan bajet.

Walaupun harga emas berubah dari semasa ke semasa, emas tetap menjadi pelaburan yang kukuh dan dipercayai. HABIB menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dengan menukar barangan kemas kepada nilai tunai melalui perkhidmatan beli balik atau memperbaharui koleksi sedia ada dengan sentuhan moden melalui perkhidmatan tukar beli sambil mengekalkan kenangan berharga dalam gaya yang baharu.

 

 

HABIB mengalu-alukan anda untuk menerokai nilai sebenar barangan kemas anda: Kunjung ke bilik pameran HABIB terdekat untuk sesi konsultasi peribadi Terokai koleksi terkini yang menggabungkan keanggunan tradisi dengan sentuhan yang moden

Ikuti HABIB di media sosial untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai nilai dan pasaran emas, penjagaan barangan kemas dan tip pelaburan bijak.

Barangan kemas anda bukan sekadar perhiasan. Ia adalah aset yang bernilai untuk setiap generasi.

 

Sumber: Siakap Keli