HABIB tampil koleksi Tengkolok, wafer emas sempena Bulan Kebangsaan

Kempen Merdeka HABIB 2026 memperkenalkan koleksi barangan kemas dan wafer emas eksklusif yang diinspirasikan daripada warisan budaya Malaysia.

Kempen Merdeka HABIB 2026 memperkenalkan koleksi barangan kemas dan wafer emas eksklusif yang diinspirasikan daripada warisan budaya Malaysia.

HABIB menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini menerusi Kempen Merdeka HABIB 2026 dengan memperkenalkan koleksi barangan kemas dan wafer emas eksklusif yang diinspirasikan daripada warisan budaya Malaysia.

Kempen yang berlangsung dari 1 hingga 31 Ogos di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara itu bertemakan perpaduan, kebersamaan dan semangat cintakan negara, sekali gus mengajak rakyat Malaysia menghargai kekayaan seni serta budaya yang membentuk identiti negara.

Istimewa sempena sambutan tahun ini ialah pelancaran Koleksi Tengkolok, menampilkan rangkaian cincin dan gelang tangan yang mendapat ilham daripada tengkolok yang dipakai Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika melaungkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Koleksi Tengkolok, menampilkan rangkaian cincin dan gelang tangan yang mendapat ilham daripada tengkolok dipakai Bapa Kemerdekaan.

Koleksi Tengkolok, menampilkan rangkaian cincin dan gelang tangan yang mendapat ilham daripada tengkolok dipakai Bapa Kemerdekaan.

 

Koleksi berkenaan diinspirasikan daripada solek Dendam Tak Sudah, antara gaya lipatan tengkolok tradisional Negeri Sembilan yang melambangkan ketabahan, daya tahan dan semangat yang tidak pernah luntur.

Rekaan itu turut menggabungkan siluet asimetri, perincian geometri berasaskan lipatan tengkolok serta kilauan berlian, sekali gus mengetengahkan gabungan warisan budaya dengan sentuhan ketukangan kontemporari.

Selain koleksi barangan kemas, HABIB turut memperkenalkan Koleksi Wafer Emas 999.9 MY Corak yang meraikan keunikan budaya lima wilayah utama negara iaitu Malaysia Utara, Malaysia Selatan, Malaysia Tengah, Malaysia Timur dan Pantai Timur.

Setiap wafer emas menampilkan elemen mercu tanda ikonik, flora, fauna, motif tradisional serta simbol budaya yang mencerminkan identiti setiap wilayah, sekali gus mengabadikan kekayaan warisan Malaysia dalam bentuk koleksi bernilai.

Koleksi itu ditawarkan secara individu atau sebagai set lengkap lima keping dan dipersembahkan dalam pembungkusan yang diinspirasikan daripada seni batik sebagai penghargaan terhadap khazanah seni dan budaya negara.

Koleksi Wafer Emas 999.9 MY Corak diinspirasikan daripada seni batik sebagai penghargaan terhadap khazanah seni dan budaya negara.

Koleksi Wafer Emas 999.9 MY Corak diinspirasikan daripada seni batik sebagai penghargaan terhadap khazanah seni dan budaya negara.

HABIB berkata, sebagai jenama barangan kemas tempatan, pihaknya komited mengangkat warisan budaya negara menerusi rekaan yang menghargai tradisi sambil memenuhi cita rasa moden.

"Kempen ini bukan sekadar meraikan Hari Kebangsaan, malah menjadi platform untuk menghayati semangat perpaduan dan menghargai keunikan warisan budaya Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat," katanya dalam kenyataan.

Kempen Merdeka HABIB berlangsung sehingga 31 Ogos ini di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara.

Sumber: Berita Harian