2 legasi bersatu, HABIB dan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk Aidilfitri 2026

HABIB menyatukan tradisi dan seni melalui kolaborasi bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam kempen Rantaian Kasih menjelang Aidilfitri 2026.

HABIB menerusi kenyataan berkata, gabungan dua legasi itu mempamerkan bukan sahaja keanggunan, tetapi juga penghargaan terhadap seni tempatan.

Menurutnya, sebagai jenama barangan kemas yang sudah menjadi sebahagian daripada detik penting rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, pihaknya menekankan kualiti dan rekaan bertaraf dunia dalam setiap ciptaannya, sementara Siti Nurhaliza mewakili keunggulan seni tempatan yang menembusi pentas global.

"Kempen Rantaian Kasih pula menonjolkan nilai kasih sayang, kekeluargaan dan warisan yang terus dipelihara.

"Antara koleksi yang mencuri perhatian ialah Sicilia Oro Italia 916, rekaan berstruktur dan feminin dengan kemasan Itali eksklusif, menyerlahkan aura wanita yakin dan anggun seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza," katanya.

Selain itu, Batu Permata Rubellite iaitu rantai leher 92.36 karat dan cincin 9.07 karat, dipadankan dengan berlian potongan zamrud, menonjolkan sisi elegan dan dramatik.

Manakala, inspirasi Songket Rantai leher Tanzanit 29.76 karat dan batu nilam biru 71.92 karat yang digabungkan dengan berlian dan mutiara, menyerlahkan kehalusan seni tradisi Melayu.

Seiring Aidilfitri semakin dekat, HABIB memanfaatkan momentum ini melalui inisiatif seperti Bazar Ramadan (27 Februari hingga 1 Mac) dan Ambang Raya (13 hingga 15 Mac) di bilik pameran mereka seluruh negara, menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menambah koleksi kemas mereka.

Tawaran termasuk potongan harga untuk emas 916/999, barangan berlian dan batu permata terpilih serta hadiah eksklusif seperti HABIB Songket Felt Bag dan jam tangan Ice Watch untuk pembelian tertentu.

Sejak ditubuhkan pada 1958, HABIB terus mengukuhkan reputasi sebagai jenama barangan kemas yang sinonim dengan kualiti dan warisan tempatan, mengekalkan status sebagai salah satu jenama terkemuka di Malaysia.

 

Sumber: Harian Metro