PELANCARAN VIDEO MUZIK HABIB YANG PERTAMA BERTAJUK “IRAMA AIDILFITRI”

(Dari kiri: Ismail Izzani, Awi Rafael, Dato’ Sri Meer Sadik Habib, Datin Sri Zarida Noordin, Ning Baizura, Bunga Isme)

Buat julung kalinya, HABIB tampil dengan kelainan untuk lebaran tahun ini dengan lagu dan video muzik raya khas bertajuk ‘Irama Aidilfitri’. Hasil kolaborasi dengan syarikat rakaman tempatan Newsantara, HABIB merupakan jenama barangan kemas pertama di Malaysia yang menghasilkan sebuah lagu dan video muzik raya.

Majlis pelancaran lagu dan video muzik ini diadakan pada 27 April 2021, bertempat di Hotel EQ Kuala Lumpur.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Sadik Habib bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin. Majlis ini turut dimeriahkan oleh selebriti terkemuka tanah air seperti Ning Baizura, Awi Rafael, Ismail Izzani, Bunga Isme dan ramai lagi.

(Dari kiri: Datin Sri Zarida Noordin, Dato’ Sri Meer Sadik Habib)

Tema kempen raya HABIB tahun ini adalah ‘modern retro’ dengan elemen warna-warni, melambangkan keceriaan sambutan Aidilfitri. Sampul Raya HABIB, Syiling Emas Raya Edisi Terhad HABIB dan juga video muzik raya HABIB turut menerapkan elemen kemeriahan warna-warni Aidilfitri sesuai dengan tema pada tahun ini.

Digubah oleh komposer dan penyanyi terkenal, Awi Rafael yang juga terlibat dalam penghasilan video muzik ini, lagu Irama Aidilfitri’ HABIB menggabungkan barisan penyanyi tempatan seperti Ning Baizura – penyanyi ‘soul’ tanahair yang terkemuka; Ismail Izzani – pelakon, penyanyi, penulis lagu; Tiz Zaqyah - pelakon yang terkenal; Julia Farhana Marin – pelakon dan penyanyi; Bunga Isme – pelakon dan penyanyi rap. Penyanyi-penyanyi muda di bawah naungan Newsantara juga turut terlibat.

Penampilan khas Rozita Che Wan dalam video muzik sebagai duta kempen raya HABIB, juga Echa dan Naailah, hos LIVE HABIB turut memeriahkan video muzik ini.

Para penyanyi dan selebriti turut mempersembahkan ‘Irama Aidilfitri’ secara langsung pada majlis pelancaran sambil menggayakan koleksi eksklusif Raya HABIB.

Antara barangan kemas yang diperagakan pada malam Pelancaran Video Muzik ‘Irama Aidilfitiri’ termasuklah koleksi Oro Italia 916® HABIB, berlian dan batu permata.

Dengarkan ‘Irama Aidilfitri’ di Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music atau tonton Video Muzik.

Syiling Emas Raya Edisi Terhad HABIB

 

Video Muzik Irama Aidilfitri HABIB