PELANCARAN KEMPEN RANTAIAN KASIH HABIB 2021

Setiap kali Syawal menjelang tiba, semua umat Islam tidak kira tua atau muda akan bertungkus-lumus membuat persiapan untuk Raya. Daripada persiapan kelengkapan rumah, kuih-muih, persalinan raya, tidak lupa juga barangan kemas untuk dipadankan dengan baju raya di hari yang mulia ini nanti.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, HABIB melancarkan kempen Rantaian Kasih sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Uniknya pada tahun ini, kempen Rantaian Kasih diserikan lagi dengan tema 'Irama Aidilfitri' seiring dengan pelancaran video muzik yang berlangsung pada 27 April yang lalu.

Video Muzik Irama Aidilfitri

 

Melalui kempen ini, HABIB telah mengadakan pertunjukan fesyen untuk memperagakan koleksi terkini istimewa untuk Raya ketika majlis pembukaan bilik pameran terbaharu HABIB yang bertempat di KL East Mall.

Pembukaan cawangan HABIB terbaharu dirasmikan dengan simbolik pemotongan reben oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib, Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin serta Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby, Dato’ Azmir Merican.

Antara barangan kemas yang diperagakan adalah rekaan terbaru dari koleksi Oro Italia 916®, iaitu Graffetta dan Ananas.

Koleksi rantai leher labuh bersama loket berlian rekaan eksklusif HABIB yang turut diperagakan tidak kurang juga mencuri tumpuan para tetamu yang hadir.

Buat penggemar barangan kemas batu permata, HABIB turut menawarkan pelbagai pilihan yang menarik untuk koleksi Raya tahun ini.

Koleksi Cincin Amethyst dan Citrine untuk memberikan kelainan dalam gaya Raya anda.

Set lengkap barangan kemas batu permata daripada HABIB yang mampu menambahkan warna-warni perayaan Aidilfitri dalam norma baharu.

Tidak dilupakan juga koleksi butang baju Melayu batu permata sebagai pelengkap busana lebaran si jejaka. 

Istimewa buat para jejaka, serlahkan gaya maskulin anda dengan memadankan busana raya bersama koleksi cincin perak palladium (PLD) bertatahkan batu permata atau berlian HABIB.

Memandangkan Koleksi Amore dan Graffetta Oro Italia 916® mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pelanggan, HABIB mengilhamkan rekaan ‘fusion’ daripada kedua-dua koleksi tersebut untuk koleksi Raya tahun ini.

Koleksi Rantai tangan ‘fusion’ Graffetta-Amore ini memberikan mood ranggi tetapi tetap mengekalkan sisi feminin si pemakai untuk dipadankan dengan persalinan raya anda nanti.

Untuk memberikan lebih banyak pilihan buat penggemar barangan kemas HABIB, koleksi Raya tahun ini mempunyai seleksi yang meluas demi memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan yang pastinya berbeza-beza. Bukan sahaja anda dapat membuat pilihan antara barangan kemas emas, berlian atau batu permata, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan merangkumi koleksi yang mampu milik hinggalah ke koleksi eksklusif.

Walaupun kita masih lagi akan beraya dalam norma baharu pada tahun ini, HABIB tetap percaya bahawa perkara tersebut tidak sedikitpun akan mengurangkan kemeriahan sambutan Aidilfitri seperti sebelum-sebelumnya. Pasti ramai yang rindu untuk pulang ke kampung halaman, berkumpul dengan sanak saudara, bermain bunga api, dan menjalankan solat Hari Raya bersama.

Disebabkan itu, HABIB tampil dengan rekaan Wafer Emas 999 yang terinspirasi dari elemen berunsurkan suasana Hari Raya seperti Ketupat, Rumah Kampung, Bunga Api dan Masjid. Dengan berat 0.2 gram sekeping, Wafer Emas 999 ini boleh dijadikan sebagai pengganti duit raya buat anak anda tahun ini. Sekaligus, anda boleh mengajar anak anda untuk berjinak-jinak dalam pelaburan emas.

Bukan itu sahaja, reka bentuk Wafer Emas 999 Raya HABIB ini merupakan edisi yang terhad. Jadi, ia amatlah sesuai dijadikan sebagai cenderahati ataupun dihadiahkan kepada yang suka mengumpul koleksi barangan edisi terhad.

Sekian sahaja kilasan mengenai koleksi Raya HABIB untuk tahun ini. Untuk melihat katalog Irama Aidilfitri klik di sini.

Koleksi Barangan Kemas untuk Sambutan Aidilfitri